Tuesday 5 June 2012

ZULAIKHA part 1


Tahun ini, usiaku menginjak lagi. Ibu sudah mula bising kerana aku masih lagi sendiri. Kata ibu, aku sudah sepatutnya sedia berkahwin atau mungkin sudah boleh memegang status sebagai seorang isteri. Aku sekadar tersenyum mendengar bebelan ibu. Aku tahu, naluri keibuannya sememangnya mahukan aku untuk berkahwin. Namun, apakan daya, jodohku belum sampai lagi.

Sesekali, apabila melihat teman seusiaku sudah bertunang, berkahwin malah juga sudah mempunyai seorang anak, terbit juga rasa cemburu itu, mengetuk sedikit pintu hati ini. Ingin juga rasa disayangi oleh seorang insan dari kaum adam yang bergelar suami. Apabila rasa itu menjelma, cepat sahaja aku mengelengkan kepala, mahu melupakan rasa itu. Penting bagiku untuk melihat kebahagiaan rakan- rakanku.

" Tia, apa yang kau menungkan tu? Tak habis- habis termenung," tegur rakanku, Junaidah. Mungkin kerana aku tidak memberi respon terhadap ceritanya dari tadi.

Aku sekadar tersenyum, " Tak ada apa la. Ni hah, aku tengah fikir pasal pelajar aku sorang ni," kataku sambil menunjukkan kertas ujian peperiksaan bulanan kepada Junaidah. Tertera nama ' Zulaikha' di atas kertas tersebut. Ingatan serta merta terbayangkan wajah comel itu. Zulaikha sememangnya seorang pelajar yang baik, rajin, dan berpenampilan kemas serta sopan. Namun, Zulaikha agak lambat untuk menangkap bait kataku di dalam kelas. Suasana kelas 5 Cerdas agak senyap semasa sesi pembelajaran. Rasanya tiada masalah. Tetapi, prestasi Zulaikha sangat teruk. 

" Kenapa dengan budak ni, Tia?," soal Junaidah berminat.
" Zulaikha ni, bagus.. tapi, bab bahasa inggeris... Cuba kau tengok, berapa markah dia dapat.. ", ujarku.
" 25%?.. ", bulat mata Junaidah melihat kertas ujian Bahasa Inggeris itu.
" Ya.. dia pandai, BM, Math, Sains.. tapi bahasa inggeris fail!! tak tahu la kenapa.. kalau macam ni, tak dapat skor 5A la dia tahun depan.. 4A, 1E..", aku mengeluh lagi. " Tambah lagi, pencapaiannya sekarang semakin merosot.. apa la nak jadi.. guru- guru lain sudah mula bertanya.," sambungku.
" Ish.. kau ni Tia, jangan doa macam tu.. tak baik.."
" Ya.. tersasul la Jun.."

Junaidah hanya mengelengkan kepala. Aku menyambung kerjaku menanda kertas peperiksaan bahasa Inggeris itu. Berat sungguh dugaanku sebagai seorang guru.

* * * * * *

Pintu pagar Sekolah Kebangsaan Pasir Indah ditutup selepas loceng dibunyikan. Semua pelajar bergerak untuk ke kelas masing- masing. Selepas rakaman lagu Negaraku dimainkan, bacaan doa menyusul. Kemudian, pelajar- pelajar masuk ke dalam kelas masing- masing. 

Aku melangkah dengan penuh semangat ke dalam kelas 5 Cerdas. Selepas salam diberi dan dijawab, selesai bacaan doa, aku mempersilakan pelajar- pelajarku duduk. Aku memandang wajah mereka. Wajah ceria dan teruja.

" Well class.. you look so excited.. I wonder why..", kataku mula bicara, berpura tidak memahami kehendak mereka. Saja, mahu mengusik.
" Ala teacher.. kata nak bagi markah..", jawab salah seorang daripada mereka.
" Hurm.. am i promised you that? Why don't i remember?", mood mengusik masih lagi ada.
" Teacher ni.. hari tu cakap nak bagi.. ", ujar salah seorang dari mereka lagi.

Aku sekadar tersenyum. Aku juga begitu dahulu, semasa zaman sekolah. 

" Well, here is this..", akhirnya aku mengambil kertas peperiksaan mereka. Tidak mahu mendera emosi mereka lagi. Pelajarku semakin teruja. 

"Nor Syafarina,", panggilku. Kelihatan seorang pelajar perempuan bangun dan datang ke arahku. " Good, keep itr up.." pesanku padanya. Dan aku terus memanggil nama demi nama sehingga selesai.

" So, for those who got great marks, congratulations, and for those who are not, keep trying.. Learn from your mistakes," kataku. 

Aku memulakan pengajaranku. Selepas 45 minit, kelasku tamat.

" Zulaikha, i want to see you after the class today at Bilik Guru. Please do so.."

Zulaikha menganggukkan kepala.

* * * * * *

Dari kejauhan, kelihatan Zulaikha berjalan ke arahku. Aku sudah bersiap sedia untuk memulakan bicara.

" Maaf teacher, saya lambat.."

Aku sekadar tersenyum. Kurenung wajah itu. Ada tanda kesedihan di situ. Matanya tidak galak seperti kanak- kanak lain. Rakan sekelasnya bergembira, ada sahaja kerenah mereka yang perlu dilayan. Pembaris hilang pun mahu diberitahu cikgu. Adakah dia meneyembunyikan satu rahsia?

" Duduklah Zulaikha", kataku

Zulaikha hanya menurut sahaja. Wajahnya ditundukkan ke bawah, langsung tidak memandang wajahku.

" Awak ada masalah, Zulaikha?", soalku.

Zulaikha menggelengkan kepalanya.

" Betul?", soalku lagi.

Zulaikha mengangguk.

" Awak tak tipu saya?", aku tidak yakin dengan jawapannya. " Kalau awak ada masalah, boleh kongsi dengan saya. Anggap saya seperti mak awak. Apa saja..", kataku. Aku tersenyum lagi.

Zulaikha diam. Tiba- tiba kulihat matanya bergenang. Adakah dia terasa dengan kata- kataku?

" Zulaikha? Saya ada tersalah cakap ke?"

Dia menyeka air matanya sendiri. Dia mengangkat muka memandangku.

" Saya tak suka mak saya," katanya tiba- tiba.

Aku terkejut. Tak suka mak? Apa maksudnya?

" Maksud Zulaikha?"

Zulaikha senyap. Aku masih lagi menunggu jawapan darinya. Lama.

Tiba- tiba, Zulaikha bangun dan mencapai beg galasnya.

"Maafkan saya cikgu. Saya dah lambat. Assalamualaikum..", selesai berkata, Zulaikha melangkah pergi. Meninggalkanku dalam kekeliruan dan penuh tanda tanya. Aku termangu sendirian.

* * * * * *

" Hello, assalamualaikum..", suara garau itu menjawab panggilanku.
" Waalaikummussalam," jawabku perlahan.
" Boleh saya bantu?", soalnya. Mungkin pelik apabila mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.
" Maafkan saya mengganggu encik. Boleh saya tahu, ini Encik Zairi ke?", aku menginginkan kepastian. 

Suara garau itu hanya mengiakan pertanyaanku. 

" Saya Nurul Atia, guru kelas kepada anak encik, Zulaikha", aku mula memperkenalkan diriku.
"Oh, guru Zu rupanya. Zu bukan anak saya, dia adik saya," jawab suara lelaki itu.
" Oh, maafkan saya. Saya ingat encik ni ayah Zulaikha. Nama encik sebagai penjaga dalam rekod Zulaikha, jadi...", aku terhenti di situ.

Suara garau di talian melepaskan tawanya. Adakah ianya sesuatu yang lucu? Aku tidak pasti.

" Tak mengapa, cikgu. Ada apa- apa yang saya boleh bantu?", tanyanya lagi, mengingatkanku pada tujuan asal aku menelefonnya.

" Saya rasa bercakap begini susah untuk saya terangkan keadaannya. Jadi, boleh Encik Zairi datang ke sekolah esok, jam 3 petang? Saya nak cakap sikit pasal Zulaikha. Saya bimbang dengan dia," terangku.
" Ada yang tak kena dengan Zulaikha, cikgu?", tanya lelaki itu.
"Esok sahaja saya beritahu encik. Encik boleh datang esok?"
"Ya, insyallah kalau diizinkan Allah, saya datang. Jam 3 kan cikgu?", soalnya semula.
"Ya," jawabku lagi.
" Kalu begitu, jumpa esok ya cikgu. Assalamualaikum," talian dimatikan. Aku menjawab salamnya dalam hati sahaja.

Aku menarik nafas lega. Satu lagi tugasku sebagai seorang guru telah selesai. Aku memandang foto Zulaikha di fail peribadi pelajar. Siapa sebenar Zulaikha? Hatiku terdetik. Kenapa aku mahu sangat mengenali gadis cilik ini? Naluriku mendesakku untuk lebih rapat dengannya, seperti mengatakan bahawa Zulaikha seorang budak yang istimewa. 

Aku mendongakkan wajahku. Apa yang istimewa pada Zulaikha? Dia sama seperti kanak- kanak seusianya, belajar, berkawan, bermain. Tiada apa yang membezakannya. Kecuali, pandangan matanya seperti mempunyai satu rahsia dan menyimpan seribu kesedihan. Arghh! Kenapa hati ini begitu tertarik dengan pelajar itu?

Perlahan- lahan aku mengemaskan mejaku. Meletakkan buku- buku latuhan pelajar di satu sudut di sebelah kanan, kemudian mengambil ketas markah ujian pelajar, dimasukkan ke dalam fail ' MARKAH PELAJAR'.
Fail peribadi Zulaikha aku masukkan ke dalam laci mejaku.

Selesai mengemas, aku terus bangun dan berjalan keluar bilik guru, mahu ke keretaku. Perutku yang sedang berbunyi menyebabkan aku merancang untuk berhenti di kedai makan, Selera Kampung.

Dari jauh, kereta Vivaku sedang menungguku. Tanpa berlengah, aku terus masuk ke dalam perutnya dan mengejutkan enjin kereta tersebut. Dengan berhati- hati, aku memandunya sehinggalah keretaku meluncur laju di jalan raya.

ZULAIKHA part 2

Saturday 31 March 2012

KARYAKU

Sebelum memulakan karya- karyaku, terlebih dahulu aku ingin memohon maaf jika ada penulisanku nanti membuatkan pembaca kurang gemar. Bukan niatku untuk melakukan begitu, ia hanyalah satu ideaku.

Semoga para pembaca suka dengan kisah- kisah di sini (akan datang).

Blog ini, aku tujukan khas buat kawan- kawanku, Adeela Rahayu, Izzati Ishak, Yaya dan ramai lagi.

Karya- karya di sini adalah untuk anda semua.

Cukuplah aku jadikan blog ini satu medium antara kita semua.

Sekian, terima kasih..

Untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~